Tumbuhan tumbuhan di dalam Al-Qur'an

Berikut nama nama tumbuhan yang terdapat di dalam Al-Qur'an :

1. Nama umum: Anggur
Nama dalam Al-Qur'an: "A'nab" atau أَعْنَابٍ
Nama saintifik: Vitis vinifera
Famili: Vitaceae
Taburan asal: Wilayah Mediterranean, Eropah tengah dan Asia Barat Daya
Surah dan ayat: (17: 91), (80: 28), (2: 266), (16: 11 & 67), (18: 32), (23: 19), (36: 34), (78: 32), (6: 99), (13: 4)


2. Nama umum: Bawang
Nama dalam Al-Qur'an: 'Basal' atau بَصَلِ
Nama saintifik: Allium cepa
Famili: Alliaceae
Taburan asal: Tidak diketahui
Surah dan ayat: (2: 61)



3. Nama umum: Bawang putih
Nama dalam Al-Qur'an: 'Fum' atau فُومِ
Nama saintifik: Allium sativum
Famili: Alliaceae
Taburan asal: Tidak diketahui
Surah dan ayat: (2: 61)



4. Nama umum: Biji sawi atau 'black mustard'
Nama dalam Al-Qur'an: 'Khardal' atau خَرْدَلٍ
Nama saintifik: Brassica nigra
Famili: Brassicaceae
Taburan asal: Selatan wilayah Mediterranean di Eropah
Surah dan ayat: (21: 47), (31: 16)



5. Nama umum: Buah tin atau 'fig'
Nama dalam Al-Qur'an: 'At-Tiin' atau التِّينِ
Nama saintifik: Ficus carica
Famili: Moraceae
Taburan asal: Asia Barat Daya dan selatan wilayah Mediterranean
Surah dan ayat: (95: 1)


6. Nama umum: Delima atau 'pomegranate'
Nama dalam Al-Qur'an: 'Ar-Rumman' atau الرُّمَّانَ
Nama saintifik: Punica granatum
Famili: Lythraceae
Taburan asal: Timur Tengah
Surah dan ayat: (6: 99 & 141), (55: 68)


7. Nama umum: Halia
Nama dalam Al-Qur'an: 'Zanjabil' atau زَنجَبِيلً
Nama saintifik: Zingiber officinale
Famili: Zingiberaceae
Taburan asal: Asia
Surah dan ayat: (76: 17)


8. Nama umum: Kacang dal atau 'lentil'
Nama dalam Al-Qur'an: 'Adas' atau عَدَسِ
Nama saintifik: Lens culinaris
Famili: Fabaceae
Taburan asal: Timur Dekat
Surah dan ayat: (2: 61)


9. Nama umum: Kapur, 'camphor tree' atau 'Malay camphor'
Nama dalam Al-Qur'an: 'Kafur' atau كَافُورً
Nama saintifik: Dryobalanops aromatica
Famili: Dipterocarpaceae
Taburan asal: Semenanjung Malaysia, Borneo, Sumatra
Surah dan ayat: (76: 5)

Nota: Dua spesies tumbuhan yang berlainan famili telah menjadi sumber kapur atau 'camphor' pada masa silam. Salah satu daripadanya adalah pokok dariMalaysia iaitu Dryobalanops aromatica daripada famili Dipterocarpaceae dan yang satu lagi ialah pokok dari China dan Jepun iaitu Cinnamomum camphora daripada famili Lauraceae. 'Camphor' diperolehi daripada pokok Dryobalanops aromaticamelalui kulit kayu, manakala 'camphor' bagi pokok Cinnamomum camphordiperolehi melalui kayu (setelah damar pada kayu dibekukan) (Safaraz et al. 2009d).


10. Nama umum: 'Camphor tree' atau 'camphor laurel'
Nama dalam Al-Qur'an: 'Kafur' atau كَافُورً
Nama saintifik: Cinnamomum camphora
Famili: Lauraceae
Taburan asal: Taiwan, selatan Jepun, tenggara China, Indochina
Surah dan ayat: (76: 5)


11. Nama umum: Labu air, 'bottle gourd' atau 'calabash'
Nama dalam Al-Qur'an: 'Yaqtin' atau يَقْطِينٍ
Nama saintifik: Lagenaria siceraria
Famili: Cucurbitaceae
Taburan asal: 'Old World' tropika
Surah dan ayat: (37: 146)


12. Nama umum: Miswak, siwak, kayu sugi atau 'toothbrush tree'
Nama dalam Al-Qur'an: 'Khamt' atau خَمْطٍ
Nama saintifik: Salvadora persica
Famili: Salvadoraceae
Taburan asal: Semenanjung Arab, Mesir, India
Surah dan ayat: (34: 16)


13. Nama umum: Pokok Bidara atau 'Indian plum'
Nama dalam Al-Qur'an: 'Sidr' atau سِدْرٍ
Nama saintifik: Ziziphus mauritiana
Famili: Rhamnaceae
Taburan asal: India
Surah dan ayat: (34: 16), (56: 28)

Nota: Terdapat percanggahan pendapat terhadap pokok 'Sidr' yang dinyatakan dalam Al-Qur'an. Ada pengkaji Al-Qur'an dan Hadith berpendapat pokok tersebut ialah Ziziphus mauritiana. Terdapat juga pengkaji Al-Qur'an dan Hadith yang berpendapat perkataan 'Sidr' tidak bermaksud pokok daripada genus Ziziphus(famili Rhamnaceae) tetapi di maksudkan dengan pokok daripada genus Cedrus(famili Pinaceae). Oleh kerana wujud percanggahan tersebut, kajian mendalam perlu dilakukan terhadap hal ini (Safaraz et al. 2009b).


14. Nama umum: Pisang
Nama dalam Al-Qur'an: 'Talh' atau طَلْحٍ
Nama saintifik: Musa paradisiaca
Famili: Musaceae
Taburan asal: Asia Tenggara dan Oceania
Surah dan ayat: (56: 29)

Nota: Banyak sumber mengenalpasti perkataan 'Talh' di dalam Surah Al-Waqi'ah ayat 29 memberi maksud sama ada sebagai pisang atau pokok daripada genusAcacia (Acacia seyal). 'Talh' telah dikenalpasti sebagai pisang di dalam beberapa tafsiran klasik dan moden bagi Al-Qur'an dan juga di dalam beberapa kamus Arab klasik. Walaupun pisang bukan tumbuhan yang berasal dari semenanjung Arab, kemungkinan besar orang Arab telah biasa dengan pisang ketika ditanam buat pertama kali di wilayah Mediterranean lebih kurang pada 650 M, iaitu pada saat kebangkitan Islam. Daripada segi etimologi, perkataan 'banana' (pisang) berasal daripada perkataan Arab bagi jari iaitu 'Banan'. Pisang mempunyai rasa manis berbanding Acacia, juga menepati konteks Syurga dengan baik. Perkataan 'Talh' juga merupakan nama umum Arab Yaman bagi pokok Acacia seyal yang tumbuh di Sudan, Libya, Jordan dan semenanjung Arab. Pokok ini juga dikaitkan dengan pokok semasa peristiwa Baiatul Ridhwan (Surah Al-Fath: 18) (Al-Zein & Musselman 2004).


15. Nama umum: Selasih atau 'sweet basil'
Nama dalam Al-Qur'an: 'Ar-Raihan' atau الرَّيْحَانُ
Nama saintifik: Ocimum basilicum
Famili: Lamiaceae
Taburan asal: Iran, India dan Asia tropika
Surah dan ayat: (55: 12)


16. Nama umum: Tamar, kurma atau 'date palm'
Nama dalam Al-Qur'an: 'Al-Nakhl' atau نَخْلٍ
Nama saintifik: Phoenix dactylifera
Famili: Arecaceae
Taburan asal: Utara Afrika dan Asia Barat
Surah dan ayat: (2: 266), (16: 11 & 67), (17: 91), (23: 19), (36: 34), (6: 99 & 141), (13: 4), (19: 23 & 25), (55: 11 & 68), (80: 29), (18: 32), (20: 71), (26: 148), (50: 10), (54: 20), (69: 7)


17. Nama umum: Timun, mentimun atau 'cucumber'
Nama dalam Al-Qur'an: 'Qiththa' atau قِثَّا
Nama saintifik: Cucumis sativus
Famili: Cucurbitaceae
Taburan asal: India
Surah dan ayat: (2: 61)


18. Nama umum: Zaitun atau 'olive'
Nama dalam Al-Qur'an: 'Az-Zaitun' atau الزَّيْتُونِ
Nama saintifik: Olea europaea
Famili: Oleaceae
Taburan asal: Timur lembangan Mediterranean
Surah dan ayat: (6: 99 & 141), (16: 11), (24: 35), (95: 1)


19. Nama umum: 'Tamarisk'
Nama dalam Al-Qur'an: 'Athl' atau أَثْلٍ
Nama saintifik: Tamarix aphylla
Famili: Tamaricaceae
Taburan asal: Afrika, Timur Tengah, Asia Barat, Asia Selatan
Surah dan ayat: (34: 16)


Rujukan:

Al-Zein, M. & Musselman, L.J. 2004. The Quranic Talh: Banana or Acacia?http://2004.botanyconference.org/engine/search/index.php?func=detail&aid=276

Harun, Y. 2001. Beauties for life in the Qur'an. http://www.harunyahya.co.uk/beauties05.php

Latiff, A. 2009. Quranic Botanical Gardens. http://pakteh48.blogspot.com/2009/12/quranic-botanical-gardens.html

Mushtaq, A., Mir, A.K., Safaraz, K.M., Muhammad, Z., Muhammad, A.K., Tamoor, U.H. & Shazia, S. 2009. Useful medicinal flora enlisted in Holy Qur'an and Ahadith.American-Eurasian J. Agric. & Environ. Sci. 5 (1): 126-140.

ParsQuran 2006. Fruits and vegetables in Quran. http://www.parsquran.com/eng/subject/fruit.htm

Quran Explorer. http://www.quranexplorer.com/quran/

Safaraz, K.M., Mir, A.K., Muhammad, A.K., Fazal-ur-Rehman, Mushtaq, A., Muhammad, Z. & Shazia, S. 2009a. Salvadora persica, Tamarix aphylla andZizyphus mauritiana - Three woody plant species mentioned in Holy Quran and Ahadith and their ethnobotanical uses in North Western Part (D.I. Khan) of Pakistan. Pakistan Journal of Nutrition 8 (5): 542-547.

Safaraz, K.M., Mir, A.K., Muhammad, A.K., Mushtaq, A., Muhammad, Z., Fazal-ur-Rehman & Shazia, S. 2009b. Fruit plant species mentioned in the Holy Qur'an and Ahadith and their ethnomedicinal importance. American-Eurasian J. Agric. & Environ. Sci. 5 (2): 284-295.

Safaraz, K.M., Mir, A.K., Muhammad, A.K., Mushtaq, A., Muhammad, Z., Fazal-ur-Rehman & Shazia, S. 2009c. Vegetables mentioned in the Holy Qur'an and Ahadith and their ethnomedicinal studies in Dera Ismail Khan, N.W.F.P, Pakistan. Pakistan Journal of Nutrition 8 (5): 530-538.

Safaraz, K.M., Muhammad, A.K., Fazal-ur-Rehman & Inayat Ullah, B. 2009d.Aromatic plant species mentioned in the Holy Qur'an and Ahadith and their ethnomedicinal importance. Pakistan Journal of Nutrition 8 (9): 1472-1479.

Taqwa Palace 2002. Plants of the noble Qur'an. http://www.ummah.com/islam/taqwapalace/fitness/health2.html

Terjemahan Al-Qur'an. http://www.alquran-melayu.com/

0 komentar:

Post a Comment