skip to main |
skip to sidebar
"Para utusan (malaikat) berkata: "Hai Luth, sesungguhnya kami adalah
utusan-utusan Tuhanmu, sekali-kali mereka tidak akan dapat mengganggu
kamu, sebab itu pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut-pengikut
kamu di akhir malam dan janganlah ada seorang pun di antara kamu yang
tertinggal, kecuali istrimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang
menimpa mereka karena sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka
ialah di waktu subuh; bukankah subuh itu sudah dekat?" Maka tatkala
datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke
bawah, dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar
dengan bertubi-tubi; yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu
tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim." (QS. Huud, 11:81-83).
Dalam al-Quran, banyak sekali diceritakan kisah umat terdahulu yang
telah dibinasakan oleh Allah karena mereka mengingkari utusan-Nya dan
melakukan berbagai penyimpangan yang telah dilarang. Yang berikut adalah
kaum-kaum yang dibinasakan.
Kaum Nuh
Nuh berdakwah selama
950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya
mendustakan dan memperolok-olok Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir
besar, kemudian menenggelamkan mereka yang ingkar, termasuk anak dan
istri Nuh (al-Ankabut: 14).
Kaum Nabi Hud
Nabi Hud diutus
untuk kaum 'Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Lalu Allah
mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang
menggelegar sampai mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa
(at-Taubah: 70, Al-Qamar: 18, Fushilat: 13, an-Najm: 50, Qaf: 13).
Kaum Nabi Saleh
Nabi Saleh diutus Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi sebuah
mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka
membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada
mereka (al-Hijr: 80, Hud: 68, Qaf: 12).
Kaum Nabi Luth
Umat
Nabi Luth terkenal dengan perbuatan homoseksual dan lesbian, yaitu
hanya mau menikah dengan pasangan sesama jenis. Kendati pun sudah diberi
peringatan, mereka tak mau bertobat. Allah akhirnya memberikan azab
kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan
hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Kaum Nabi Luth ini
akhirnya tertimbun di bawah reruntuhan rumah mereka sendiri (al-Syu'ara:
160, an-Naml: 54, al-Hijr: 67, al-Furqan: 38, Qaf: 12).
Kaum Syuaib
Syuaib diutus kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh
Allah karena mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam
perdagangan. Ketika membeli, mereka minta dilebihkan dan ketika menjual
selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa udara panas yang
teramat sangat. Kendatipun mereka berlindung di tempat yang teduh, hal
itu tidak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa.
(At-Taubah: 70, al-Hijr: 78, Thaaha: 40, dan al-Hajj: 44).
Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk
Aikah. Mereka menyembah sebidang lapangan tanah yang pepohonannya sangat
rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan
penyembah hutan lebat (Aikah). (Al-Hijr: 78, al-Syu'ara: 176, Shad: 13,
Qaf: 14).
Firaun
Bani Israel sering ditindas oleh Firaun.
Allah mengutus Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab
Allah. Namun, Firaun bahkan mengaku sebagai tuhan. Firaun akhirnya maut
di Laut Merah dan jasadnya tidak hancur dan telah ditemukan oleh
arkeolog modern. Hingga kini masih bisa disaksikan di museum mumi di
Mesir (al-Baqarah: 50 dan Yunus: 92).
Ashab al-sabt
Mereka
adalah sekelompok fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestina).
Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah
menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan
tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka akhirnya dibinasakan dengan
dilaknat Allah menjadi kera yang hina (al-A'raf: 163).
Ashab al-Rass
Rass adalah nama sebuah sumur yang kering airnya. Nama al-Rass
ditujukan pada suatu kaum. Beberapa riwayat mengatakan, nabi yang diutus
kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan
Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama
Handzalah bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan). Mereka
menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka
lakukan karena mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam
sumur sehingga mereka dibinasakan Allah (al-Furqan: 38 dan Qaf: 12).
Ashab al-Ukhdudd
Ashab al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak
beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang
yang beriman dilemparkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk
seorang wanita yang tengah menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh
Allah SWT (al-Buruj: 4-9).
Ashab al-Qaryah
Menurut
sebagian ahli tafsir, Ashab al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk
Antaqiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka.
Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (Yasin:
13).
Kaum Tubba '
Tubaa 'adalah nama seorang raja bangsa
Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada Allah sampai
melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka sampai
binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah bendungan air
(ad-Dukhan: 37).
Kaum Saba
Mereka diberi berbagai
kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran
rakyat. Karena mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah
diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan bendungan
Ma'rib dengan banjir besar (Al-Arim). (Saba: 15-19).
READ MORE - 12 Kaum yang dibinasakan Allah dalam Al-Qur'an
Pada awal kurun ke-7, satu tamadun baru muncul di tanah Arab. Dibawah
pimpinan Muhammad s.a.w, dakwah yang bawa Rasulullah tersebar pesat dan
luas menambat hati dan iman penduduk
Semenanjung Arab. Kurang satu abad selepas kota Mekah dibuka semula pada
tahun 630, kerajaan Islam telah berjaya menyebar luaskan agama Islam
sehingga ke India dan hingga ke tengah benua Asia bagi bahagian timur.
Di bahagian barat, penyebaran agama Islam lebih cepat berlaku
terutamanya dibahagian utara benua Afrika. Pada Tahun 711, Islam berjaya
sampai ke Sepanyol. Hasil daripada penyebaran agama Islam hingga hampir
dua per tiga dunia memberi perkembangan dan kemajuan kepada kerajaan
Islam. Budaya Islam menjadi cara hidup manusia pada ketika itu.
Inilah titik permulaan kepada perkembangan ilmu pengetahuan. Agama
Islam telah membawa satu budaya yakni budaya cintakan ilmu yang sangat
besar peranannya kepada dunia ilmu pengetahuan. Itulah cantiknya Islam,
tidak pernah menolak bulat-bulat ilmu pengetahuan di dalam kehidupan.
Sejarah Matematik Islam
Ahli sejarah dan Ahli Matematik barat lebih suka merujuk perkembangan
sejarah Matematik ditanah Arab sebagai Matematik Islam kerana ia adalah
kesinambungan daripada ajaran Islam yang bawa Rasulullah yang
mementingkan soal ilmu pengetahuan. Perkembangan Ilmu pengetahuan banyak
berlaku di zaman pemerintahan Abbasiyyah yang dalam masa yang sama
Eropah masih di Zaman Gelap. Oleh itu ilmu lebih banyak terbudaya
dikalangan orang Islam manakala orang Eropah disekat hak untuk berfikir.
Jadi, Matematik Islam lebih sesuai dengan daripada Matematik Arab.
Pada tahun 766, Khalifah Al-Mansur membuka kota Baghdad yang selepas
itu menjadi tempat perkembangan Ilmu termasyhur didunia. Cendiakawan dan
cerdik pandai dialu-alukan kedatangan mereka ke Kota Baghdad. Khalifah
Harun al-Rashid yang memerintah dari tahun 786 hingga 809 telah
menubuhkan perpustakaan di Baghdad. Manuskrip-manuskrip dikumpulkan dari
pelbagai bidang dan akademi-akademi di timur barat terutamanya dari
tamadun Yunani termasuk manuskrip Matematik Yunani Klasik dan teks-teks
saintifik. Kemudian ia diterjemahkan ke bahasa Arab. Penganti Harun
al-Rashid, Khalifah Al-Ma'mun meneruskan usaha ini pada skala yang lebih
besar dan sehingga tertubuhnya Baitul Hikmah yang bertahan selama 200
tahun. Ilmuan-ilmuan dari seluruh bahagian dalam pemerintahan dijemput
untuk menterjemahkan bahasa Greek dan India dan juga menjalankan
penyelidikan.
Pada akhir kurun ke-9, pelbagai kertas-kertas
kerja cendiakawan seperti Euclid, Archimedes, Apollionius, Diophantus,
Plotemy dan ramai lagi ahli matematik Yunani diterjemahkan kebahasa arab
untuk kegunaan ilmuan-ilmuan disana. Ilmuan-ilmuan islam bukan hanya
mengumpul kajian-kajian lama, bahkan mereka telah mengembangkan
ilmu-ilmu kepada satu perspektit baru yang lebih releven. Ini kerana
ahli matematik sebelum mereka mengunakan matematik untuk perkara-perkara
yang tidak penting kepada manusia seperti menghitung cinta dan
sebagainya. Di dalam Matematik Islam, ia lebih banyak digunakan untuk
perkara-perkara yang praktikal dan berguna untuk manusia, dan juga
disebut sebagai Sunnatullah. Para Ilmuan Islam mengkaji dan berakhir
dengan bertemu dengan Kebesaran Allah. Inilah beza antara saintis Islam
dan saintis. Tujuan mereka adalah Allah.
Ilmuan Islam sentiasa memulakan kerja dengan lafaz "Basmalah".
"The mathematicians responded by always invoking the name of God at the
beginning and end of their works and even occasionally referring to
Divine assistance throughout the texts" -(Victor J. Katz)
Terpegun membaca ayat ini. Subhanallah, begitulah akhlak ilmuan Islam
dahulu yang sentiasa mengingati Allah dalam setiap perkerjaan yang
mereka lakukan. Sentiasa memulakan dan mengakhiri dengan nama Allah yang
Maha Pengasih dan Penyayang, serta segala apa yang mereka berjaya
hasilkan, mereka dikembalikan pujian hanya kepada Allah.
Tidak
seperti ahli matematik Yunani, Ilmuan Islam tidak hanya berdasarkan
teori, bahkan juga secara praktikal untuk memudahkan kehidupan seharian
manusia, atau hari ini dikenali sebagai Applied Math atau matematik
gunaan.
Hari ini, satu sejarah lengkap tentang Matematik Islam
masih belum ditulis, kerana masih banyak tinggalan manuskrip Ilmuan
Islam yang masih belum dikaji di perpustakaan seluruh dunia. Oleh kerana
kepentingan politik yang memeningkan, akses kepada hasil kajian mereka
yang penting disekat dan dilarang. Namun, fakta asas tentang dunia
Matematik Islam masih diketahui. Antara sebab penyekatan ini adalah
untuk mengelak umat Islam sedar yang tamadun Islam sangat banyak
menyumbang kepada percambahan ilmu pengetahuan pada masa ini. Ia juga
antara rancangan musuh Islam untuk melenyapkan kehebatan Islam dari
pengetahuan umat Islam di Zaman ini.
Ahli matematik Islam
banyak menyumbang untuk secara khususnya dalam penggunaan titik
perpuluhan, dan juga mengembangkan topik Algebra secara tersusun dan
juga dalam topik Geometri. Beberapa penambahbaikan dalam topik
Trigonometri. Apabila Eropah keluar dari Zaman Gelap, mereka tidak
memerlukan masa yang banyak untuk mengejar apa yang mereka terkebelakang
kerana semuanya hampir lengkap. Hanya perlukan penjenamaan semula dan
kembangkan ilmu itu.
(Olahan semula dari buku A History Of Mathematics: An Introduction; Victor J. Katz: Chapter The Mathematics of Islam)
Sejarah ditulis oleh pemenang
Hari ini, banyak formula-formula dan tajuk-tajuk matematik terabadi
nama ilmuan barat didalamnya. Walaupun hakikatnya mereka hanya
menjenamakan semula apa yang telah ada dalam dunia matematik Islam.
Nama-nama ilmuan Islam tidak terabadi dalam sebarang teori-teori dan
formula-formula matematik. Hanya nama-nama seperti Euclid, Newton,
Einstein, Diophantus, Sarrus, Fibonacci dan sebagainya lebih banyak
diabadikan. Mungkin nama-nama ilmuan Islam tidak diabadikan bertujuan
untuk menjauhkan Islam daripada disebut dalam lecture dan supaya Islam
dilihat tidak significant dengan Ilmu.Sekadar pandangan.
Ayuh
budayakan semula budaya cintakan Ilmu supaya kita turut maju kehadapan
dan kita hapuskan salah tanggapan dunia kepada Islam. Kembalilah kepada
Islam. Hujung Akal, pangkal Agama. Ilmu ditimba diakhirnya bertemu
dengan Kebesaran Allah, Tuhan Yang Mengetahui.
-Artikel iluvislam.com
READ MORE - Pengaruh Peradaban Islam Terhadap Dunia Matematik